Rumah Terbuka ADUN Paka Meriah
Oleh: Aziz Jusoh
DUNGUN -Sambutan Rumah Terbuka sempena hari raya Aidilfitri DUN Paka yang berlangsung di Tapak PGU, Paka, Sabtu lalu berlangsung meriah dengan kehadiran masyarakat dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Selain meraikan hari raya, program berkenaan adalah salah satu platform yang diadakan untuk merapatkan jurang di antara pemimpin dan rakyat.
Selain meraikan penduduk setempat, ADUN Paka, YB. Ust.Hj.Satiful Bahri Mamat turut menyampaikan sumbangan kepada lapan pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Lebih 3000 orang hadir menjayakan majlis itu termasuk kunjungan kakitangan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Hadir sama, Ahli Parlimen Dungun, YB.Ust.Hj. Wan Hassan Mohd Ramli.