Usaha Murni Pemuda PAS
SETIU – Penganjuran pertandingan Cub Cross, Open dan CKD adalah satu usaha murni Pemuda PAS, agar anak-anak muda dapat menggunakan saluran yang betul untuk menyemai bakat dan dapat mengelakkan gejala kurang sihat seperti ‘mat rempit’.
Ketua Pemuda DUN Batu Rakit Ustaz Shafizi Ismail berkata, ia bertepatan dengan saranan para ulamak yang menggalakkan agar kehidupan seharuan menusia nesatilah dinenuhi dengan ibadah.
“ulama sebut apa-apa amalan boleh dijadikan ibadah dengan syarat kena pada syariat dan ke dua kerana Allah (mata-mata),
“jadi penganjuran ini adalah satu ibadah dan sebagai syiar Islam……………dulu nabi berkuda dan sekarang ganti dengan motosikal,”ujarnya.
Beliau berkata demikan ketika merasmikan kejohanan ARC Supercub Challenge ’16 yang dianjurkan oleh Alternatif Riding Club (ARC) Setiu bersama Penyelaras Pemuda DUN Batu Rakit di litar Kampung Pancur Kuin, Batu Rakit pada Sabtu 21 Mei.
Pertandingan yang telah berjaya menarik seramai 150 orang peserta itu telah berlangsung dengan gemilangnya, di hadiri lebih 300 orang peminat moto lasak seluruh Terengganu.
Beliau berkata, Pemuda DUN Batu Rakit bercadang akan menganjurkan pertandingan yang lebih lebih besar dengan hadiah yang lebih limayan.
“in sya Allah selepas ini kita akan adakan lagi pertandingan ini selepas raya nanti dengan hadiah yang lebih besar,”tambah beliau.
Pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak enam ribu ringgit ini telah di menangi oleh Ahmad Kamarul Murni bin Abd Rashid dari Kuala Berang untuk ketiga-tiga kategori yang di pertandingkan dengan mengondol hadiah wang tunai bernilai RM 1800.00 beserta piala.
Turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pengerusi DUN Batu Rakit Ustaz Mohamad Nazari Alias dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu Saudara Zaidan Abdullah