NegeriTerengganu

Arwah Pernah Bertemu Dengan Saya Di Parlimen……..

SETIU – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah meluangkan masa menziarahi pusara Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri Harun yang terkorban dalam nahas helikopter AS350 di Sarawak.

Beliau sampai di Tanah Perkuburan Islam Tok Mek Ngah Kampung, Bukit Cempaka dekat sini kira-kira jam 3.30 petang Jumaat, 13 Mei.

“arwah pernah bertemu dan bergambar dengan saya di Parlimen,”kata Ustaz Hadi yang menghabiskan masa kira-kira 15 minit sebelum beredar untuk menghadiri satu program di negeri Kelantan.

Mengiringi beliau ialah bapa arwah Harun Muda, Bendahari PAS Negeri Cikgu Shukrimun Shamsudin, YDP PAS Kawasan Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, Pengerusi DUN Batu Rakit Ustaz Mohamad Nazari Alias serta penduduk kampung.

Sementara itu, di rumah arwah, muslimat DUN Tepoh dan cawangan Bukit Cempaka mengadakan majlis bacaan yasin dan doa.

Allahyarham Ahmad Sobri telah terbunuh bersama lima yang lain termasuk Ahli Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam kejadian pada 5 Mei lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️