NegeriTerengganu

PAS Rai ‘Meksi’ Sempena Hari Jururawat

Oleh : DMS dan Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – PAS meraikan Hari Jururawat yang disambut semalam, Selasa dengan menghadiahkan kek tanda penghargaan kepada para ‘Meksi’ di seluruh negeri Terengganu.

Di Setiu, Dewan Muslimat menjelah klinik-klinik kesihatan di setiap DUN bagi menyampaikan sendiri ‘buah tangan’.

Ketuanya, Puan Maznah Muftahudin yang mengetuai kunjungan hormat tersebut berkata jasa dan pengorbanan jururawat sangat besar kepada masyarakat.

“ini adalah tanda kebersamaan kita dengan agensi kerajaan, hari ini kita meraikan jururawat di atas sumbangan mereka terhadap masyarakat secara umumnya,”ujarnya selepas menyampaikan sumbangan di Klinik Desa Batu Rakit, Bukit Cempaka dan Bukit Wan.

Sehubunga itu, Seorang jururawat Klinik Batu Rakit yang di temui melahirkan rasa terkejut dan gembiranya dengan kehadiran rombongan muslimat yang hadir meraikan mereka.

“sangat gembira……..tak pernah lagi NGO atau orang perseorangan meraikan kami…….dapat kek lagi……..terima kasih lah,” katanya yang tidak mahu di kenali.

Di Jabi dan Permaisuri Ketua Muslimat DUN tersebabit Fatimah Jusoh dan Halimah Ibrahim telah berkunjung ke klinik Kesihatan Jabi dan Klinik Kesihatan Permaisuri.

Di Dungun, petugas Pusat Khidmat ADUN Rantau Abang turut mengadakan kunjungan ke pusat kesihatan kecil dan setiap klinik-klinik kesihatan di DUN Rantau Abang.

Didalam kunjungan yang diketuai ADUN sendiri YB Cikgu Alias Harun, turut menyampaikan ‘plak’ penghargaan buat para jururawat, disamping sebiji kek.

“Semoga segala khidmat dan bakti para jururawat mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT”, ujar Cikgu Rugayah Mahmud, isteri ADUN Rantau Abang yang turut menyertai rombongan itu.

“Saya bagi pihak ADUN Rantau Abang mengucapkan berbanyak terimakasih, bakti anda semua sangat dihargai dan lakukanlah dengan seikhlas hati dan sebaik mungkin dan tahniah buat sekalian jururawat kerana telah memilh kerjaya yang mulia ini,”kata beliau.

Setiap kunjungan disambut mesra oleh para jururawat bertugas yang merupakan acara rutin tahunan setiap kali tiba Hari Jururawat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️