Pemuda Baik Pulih Surau Sepenuhnya
KUALA TERENGGANU – Surau yang indah tersergam di Kampung Bukit Tanah. Sungai Derhaka dekat sini adalah sepenuhnya, dibaik pulih oleh para pemuda kampung terbabit.
Pengerusi surau itu, Yusof Zakaria memngucapkan terima kasih kepada semua penderma dan penyumbang, sehingganya ianya dapat dibangunkan dengan baik.
“dengan usahasama antara pemuda dan para penduduk, seratus peratus pembinaan surau inilah ada dibuat oleh pemuda Kampung Sungai Derhaka,
“saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan penyumbang,”ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian surau tersebut, Jumaat 6 Mei.
Perasmiannya disempurnakan oleh Presiden PAS merangkap Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu, adalah diharapkan, dengan pembaikpulihan surau itu akan dapat meningkatkan kefahaman Islam dan amal Islami dikalangan penduduk setempat.
Yang DiPertua PAS Kawasan Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menggesa ahli jemaah surau tersebut agar bergerak aktif sebagaimana surau-surau di kawasan parlimen itu.
“dengan surau ini dibaikpulih yang dibina begitu indah ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang membina dan membaikpulihnya,
“harapan kita agar surau ini dapat berfungsi dengan baik dan aktif dengan program ilmu dan meningkatkan lagi kefahaman masyarakat kepada Islam,”ujarnya.