NegeriTerengganu

Berkat 1.0 : Medan Perubahan Warga Bandar

KUALA TERENGGANU – Majlis Tindakan PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar akan menganjurkan program Himpunan PAS Bersama Masyarakat Bandar (BERKAT 1.0) 13 dan 14hb Mei ini.

Ketua Pemudanya, Khairudin Muhamad berkata, ia adalah komitmen dan kecaknaan PAS bagi meneruskan perjuangan menuntut kehidupan yang lebih sejahtera kepada komuniti bandaraya Kuala Terengganu.

“ia adalah kali pertama diadakan himpunan PAS Bersama Masyarakat Bandar atau BERKAT 1.0. bagi menunjukkan komitmen dan kecaknaan kepada masyarakat bandaraya,

“mendapatkan hak kehidupan yang sejahtera dan lebih baik, sejajar dengan slogan yang digunakan oleh PAS Untuk Semua (PAS For All) dan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS),”ujarnya.

Katanya, kualiti hidup masyarakat bandar semakin menurun apabila kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya memikirkan projek dan keuntungan.

Beliau berkata, kebajikan dan keselesaan serta keselamatan hidup rakyat terabai, dengan pelbagai masalah semakin ketara termasuk infrastruktur dan kesihatan.

“pembangunan yang dilihat hebat, bangunan indah tetapi kosong………..penduduk tempatan hanya akan menjadi pemerhati apabila mereka hanya mampu tengok tetapi tidak mampu memiliki,

“wabak denggi yang menular ekoran longkang dan kemudahan asas yang terbiar dan tidak diselenggara dengan baik,”katanya.

Oleh itu, beliau mengajak seluruh masyarakat menegaskan sokongan dan turun beramai-ramai, bukan sahaja menghadiri Berkat 1.0, bahkan bangkit menuntut perubahan.

Katanya Ahli Parlimen dan wakil rakyat telah melencong dan tidak lagi mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab kerana telah hilang kepercayaan dari orang ramai.

“saya menyeru dan menjemput semua warga DUN Bandar dan sekitarnya untuk hadir ke program  BERKAT 1.0 pada 13 dan 14hb Mei 2016 ini bertempat di pekarangan Pasar Chabang Tiga,

“apabila mereka keluar dari Pakatan Rakyat dan keluar dari ‘Jamaah’…………kepercayaan dan sokongan rakyat mereka telah hilang kepercayaan dan tidak mampu lagi melaksanakan tugas masing-masing,”jelas beliau.

Menurutnya pelbagai acara-acara menarik akan disajikan sempena Himpunan tersebut termasuklah kuliah agama khas dan persembahan hiburan alternatif serta sukaneka dan pertandingan memancing.

Justeru itu, beliau mewakili seluruh pemuda bandaraya menyatakan bahawa kesediaan untuk menjadi juru bicara rakyat bagi mengenengahkan isu-isu berkait.

“Berkat 1.0 adalah ‘platform’ kepada semua rakyat, disamping berhimpun ia menjadi medan ‘forum’ yang tepat bagi anak-anak muda serta orang ramai menyuarakan pendangan dan pendapat,

“In shaa Allah Pemuda PAS sedia menjadi juru bicara dan pemudah cara membawa isu-isu berkaitan,”tegasnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️