PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri
KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu merakamkan takziah buat keluarga Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri Harun yang terkorban dalam nahas helikopter AS350 dari Betong ke Kuching, Sarawak.
Bendaharinya Cikgu Shukrimun Shamsuddin yang hadir menunaikan solat jenazah Allahrayham menyatakan rasa simpati atas insiden yang berlaku.
Allahyaham ialah pengawal peribadi kepada Datuk Noriah Kasnon, yang turut maut bersama suaminya Asmuni Abdullah dalam kejadian yang sama.
Jenazah Ahmad Sobri Harun, selamat dikebumikan di tanah perkuburann Islam kampung kelahirannya, Kampung Bukit Cempaka, Batu Rakit.
Selain Cikgu Shukrimun Shamsuddin, bersama mengiringi perjalanan akhir anggota leselamatn itu ialah Timbalan Ketua Pemuda YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.
Menurut Ustaz Hishamuddin, jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dengan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysiam (TUDM) pada kira-kira kam 6.20 pagi hari ini, Ahad 8 Mei.
“Jenazah tiba di lapangan terbang jam 6.20 pagi………solat jenazah jam 7 pagi di rumah keluarga arwah di Kampung Bukit Cempaka, Batu Rakit,
“saya hadir juga bagi memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Ahmad Sobri Harun yang merupakan anggota PDRM,”ujarnya.
Solat jenazah diimamkan oleh mantan Mudir Dar at-Taqwa Batu Enam yang juga ketua Cawangan PAS Bukit Cempaka Ustaz Mohammad Yaakub.
Hadir sama ialah Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.