NegeriTerengganu

Kempen Terakhir Dengan Tersusun, Yakin Menang.

Oleh : Zulshawal

BATANG SADONG – Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Saiful Bahri Mamat yang mengetuai delegasi petugas terakhir bagi membantu jentera tempatan di N24, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya sehingga mengundi 7 Mei ini.

Beliau yakin peluang PAS memenangi kerusi N24 adalah cerah, dengan kempen dan gerak kerja akhir yang  tersusun.

“Saya mengharapkan tenaga bantu daripada Terengganu dapat melipat gandakan usaha membantu calon kita, Cikgu Asan Singkro.

“Ambil peluang ketika kita berada di sini untuk melebar luaskan kerja dakwah kepada penduduk di sini. Tempoh masa yang berbaki beberapa hari lagi, kita perlu santuni semua para penggundi,”ujarnya ketika menyampaikan ucapan di Makaz PAS Sadong Jaya, di sini hari ini.

Beliau menambah, terdapat perkembangan dan perubahan yang lebih baik kepada PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini, berbanding sebelumnya.

Menurutnya, PAS Terengganu membantu jentera pilihan raya PAS Sarawak sejak tahun 2001 ketika mantan Pesuruhjayanya Cikgu Syukri bertanding di DUN Muara Tuang.

Oleh itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang hadir. Bermula dari ‘Gelombang 1′ sehinggalah ‘Gelonbang 6’ yang akan kekal sehingga hari membuang undi.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir membantu bagi memenangkan Islam di Sadong Jaya.

“Bermula daripada rombongan gelombang pertama hingga sekarang, PAS Terengganu tidak akan mensasarkan kepada pilihanraya ini sahaja,

“tetapi dapat meneruskannya pada masa akan datang. Dengan ini mesej dakwah dapat diperkembangkan,”jelas ADUN Paka itu.

Seramai 40 petugas terdiri daripada tenaga kempen dari kawasan Kuala Nerus, Besut, Kemaman dan Yayasan Amal Terengganu, dijangka bertambah sekali ganda, menjelang hari pembuangan undi Sabtu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️