Keluarga ‘OKU’ Mangsa Kebakaran Perlu Sumbangan
Oleh : Nooreini Abu akar & Cik Kiah
DUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik bergegas ke tempat kejadian, sebaik beliau mendapat perkhabaran, sebuah rumah sedang terbakar.
Sebaik beliau sampai di lokasi, rumah PPRT milik warga emas, Ismail bin Abdullah, 57, di Kampung Bukit Chatak dekat sini, sedang marak dijilat api.
“ketika saya sampai, api sedang narak, cuaca yang panas menjadi membara dan saya bersama beberapa orang ahi bomba terpaksa berlindung sikit,
“rumah PPRT itu tidak dapat diselamatkan, kerana api yang merebak lerlalu cepat,”ujaranya ujarnya yang menambah, kejadian berlaku kira-kra jam 9.15 pagi, 27 April.
Sehubungan itu, Ismail yang tinggal bersama seorang isteri Rogayah bt. Ali, 57 dan enam anak, termasuk tiga ‘orang kurang upaya’ (OKU), tinggal sehelai sepinggang.
Menurut beliau, kebakaran tersebut berpunca dari sehelai kain yang disambar api di bahagian dapur rumah tersebut, disebabkan salah seorang anak ‘OKU’ itu yang bermain api.
“Api tu terkena kain, lepas tu api terus merebak dan marak dengan cepat, lagipun rumah ni rumah PPRT lama, buat dari kayu, cuaca pulok panas, rumah ni tak dok bekalan air.” jelas beliau ketika ditemui.
Selain ADUN Sura, Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd. Ramli turut berada di tempat kejadian.
Beliau berharap, Ismail dan keluarganya bersabar beneria ujian dan berharap pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mengambil tindakan segera.
“kita harap pihak JKM akan mengambil tindkan segera memandangkan tiga anak Ismail adalah OKU, dan in sha Allah, bai pihak PAS,
“kita akan bantu apa yang termampu, mungkin dari segi keperluan asas,”ujarnya ketika dhubungi.
Justeru itu, pihak PAS Cawangan terbabit telah melancarkan tabung bagi sumbangan orang ramai bagi membantu keluarga tersebut.
“Sumbangan amat dialu-alukan untuk meringankan beban mangsa dan sebarang sumbangan bolehlah menghubungi Saudara Rosli Deraman, Ketua PAS Cawangan Bukit Chatak 2,”tambah beliau