Ke Kerajaan Nak Tunggu Orang Mati Baru Pasang Penghadang Longkang?
KUALA TERENGGANU – Sudah acap kali kedengaran sungutan baik dari para pengguna mahu pun dari para peniaga berkaitan penghadang longkang yang tidak dipasang berhampiran longkang dekat pasar Chabang Tiga.
Hampir 70 meter aliran longkang itu ‘ternganga’ menunggu mangsa.
Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Khairuddin Mohammad berkata, pihak berkuasa langsung tidak mengambil iktibar kes lori kecil yang terjunam masuk ke dalam longkang itu hampir dua tahun lalu.
“Pernah berlaku sebuah lori terjunam dan tenggelam ke dalam longkang tersebut, dua tahun lepas………. pemiliknya hanya mampu berputih mata melihat kejadian yang pantas serta tidak terdugakan itu,
“namun longkang itu masih tidak dipasang penghadang……….ke kerajaan nak tengok orang mati dulu baru nak pasang,”tegasnya.
Menurutnya, keadaan tersebut lebih membimbangkan terutamanya pada waktu sibuk dan setiap hari Selasa kerana adanya pasar malam dikawasan terbabit.
“Para pengguna dan kereta yang lalu lalang sekitar longkang yang ‘terkangkang’ luas itu bertambah sibuk kerana adanya pasar malam mingguan pada hari Selasa,
“Bayangkan…………dengan keadaan yang sedikit gelap, kenderaan lalu lalang………keluarga yang membawa kanak-kanak dengan motosikal, berpusu-pusu……… apakah jaminan keselamatan yang dapat diberi?,”soalnya.
Justeru, beliau memberi ingatan, jangan sampai terpampang di dada akhbar, berita ‘kanak-kanak dijumpai mati lemas’ dalam longkang tersebut, barulah pihak yang berwajib ‘gaduh’ mahu cari kroni untuk serahkan ‘tender’ projek penghadang longkang.
Berita berkaitan dua tahun lalu;
Lori Masuk Longkang; Kerajaan Digesa Beri Penjelasan