NegeriTerengganu

Muslimat Dungun Rai Kejayaan Dengan Majlis Kesyukuran

Oleh : Suzana G.

DUNGUN – Dewan Muslimat Kawasan Dungun mengambil inisiatif mengadakan majlis keraian tanda syukur kerana kejayaan penganjuran Himpunan Muslimat Dungun (HIMAD) dan kemenangan kumpulan nasyid dalam pertandingan nasyid peringkat negeri Terengganu pada minggu lalu.

Ketuanya Puan Khairiah Mokhti mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota yang menjayakan kedua-kedua acara tersebut.

“Terima kasih kepada semua petugas yang terlibat di dalam program baru-baru ini tidak kira yang di hadapan ataupun belakang tabir,

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan tersebut yang di bangunan KAFA, Masjid Lama, Sura dekat sini pada Isnin malam, 21 Mac.

Beliau turut merakamkan rasa bangga dengan kesungguhan para Muslimat yang isriqamah hadir dan menunggu sehingga program HIMAD tamt serta kejayaan dua kumpulan nasyid.

Menurutnya bukan sahaja kumpulan nasyid Muslimat, bahkan pasukan nasyid Ameerah, turut mencapai kejayaan.

Kedua-dua kelompok penggiat seni Islam itu, ‘Haura’ Al-Maqsurah’ dan ‘Raudhah Muslimah’ turut hadir dan memeriahkan majlis keraian itu.

Ameerah berjaya mengekalkan kemenangan pada tahun sebelumnya manakala kumpulan nasyid Muslimat menjadi Naib Johan pada pertandingan anjuran Lajnah Kesenian dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️