Ameerah DUN Sura Ziarah Mantan Ketua
DUNGUN – Mengenang jasa yang pernah ditabur, Ameerah DUN Sura (ADS) telah membuat ziarah kebajikan terhadat mantan ketua ADS, Puan Marsyerah Ayu Omar petang tadi di kediaman beliau di sini.
Selama 3 penggal mengetuai ADS, Marsyerah telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap sayap muslimah DUN Sura. Beliau telah meletakkan ADS menjadi salah satu jentera parti yang digeruni ketika pilihanraya.
Marsyerah yang juga isteri kepada ADUN Alor Limbat, Ustaz Arifin Deraman baru selesai berpantang untuk anak ketiga.
Beliau yang dikurniakan cahaya mata perempuan yang sihat.
Kami juga mendapat perkhabaran yang menyedihkan iaitu beliau mengidap kanser pangkal hidung dan baru sahaja menjalani pembedahan kecil di Kuala Terengganu speacialist (KTS) tiga hari lepas.
Rombongan yang diketuai oleh Puan khadijah Tahar bersama Ajk ADS juga mengambil peluang menziarahi bonda puan marsyerah yang juga menghidap penyakit buah pinggang.
“Kami mengucapkan tahniah buat Puan Marsyerah kerana dikurniakan cahaya mata ke tiga yang sihat.
“Kami juga ingin berterima kasih terhadap beliau di atas segala ilmu dan tenaga yang dicurahkan ketika menjadi ketua kami,’ujar Khadijah, ketikalawatan tersebut, semalam 21 Mac.
Marsyerah yang kelihatan gembira menyambut kedatangan ADS, beliau sempat memberi nasihat agar ADS terus membuat gerakkerja lebih tersusun agar ramai golongan remaja perempuan berminat menyertai gerakan Islam ini.