NegeriTerengganu

Cakna YB Tanpa ‘Pilih Bulu’

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Rakyat marhaen adalah keutamaan Kita dalam menyantuni mereka dan tidak perlu menunggu sehingga hampir pilihanraya baru menjenguk mereka.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, cakna PAS kepada mereka tidak perlu melihat pada latar belakang fikrah politik dan kedudukan mereka dalam masyarakat.

“PAS telus dan tidak pilih bulu, samada mereka penyokong tegar UMNO atau penyokong biasa, mereka adalah tanggungjawab Yang Berhormat setempat, biar mereka tak undi kita pun,

“paling tidak kita menunaikan amanah, untuk jawab dihadapan Allah,” ujarnya selepas menziarahi Zakaria Abdullah, mantan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paloh yang uzur.

Seorang lagi warga emas yang uzur dikunjungi Haji Wahid ialah JKKK Kampung Losong, Rosli Yusuf yang juga uzur diserang ‘angin ahmar (stroke).

Tindakan Haji Wahid menziarahi warga Wakaf Mempelam, walaupun pernah menjadi ‘musuh politik’ mendapat pujian oleh penduduk setempat.

Namun bagi beliau yang mewakili DUN terbabit sejak tahun 1990, ia merupakan ‘asam garam’, yang yelah menjadi rutin harianhidupnya sejak 25 tahun yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️