NegeriTerengganu

Taman Permainan Tabika Kemas tidak selamat

KUALA NERUS – Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kampung Banggol Peradong melahirkan rasa kebimbangannya.

Ini kerana, kata seorang penduduk Mohd Nazri, 35, Taman Permainan bagi kanak-kanak Tabika Kemas tersebut banyak yang rosak, berkarat serta tidak selamat digunakan lagi.

Katanya, aduan pernah diajukan kepada pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri Terengganu pada tahun 2014 lagi.

Menurutnya, keselamatan kanak-kanak Tabika tersebut tidak terjamin jika bermain dengan peralatan yang disediakan rosak.

“Saya dan para ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka cukup bimbang apabila melihat keadaan Taman Permainan itu yang rosak, besi berkarat dan tajam.

“Kanak-kanak pula tanpa disedari mungkin ada yang bermain dengan alat permainan disediakan seperti buaian, papan gelonsor, jongkang-jongkek dan sebagainya yang rosak itu.

“Kami (ibubapa) harap pihak berwajib segera mengambil tindakan memperbaiki atau menggantikan dengan peralatan permainan yang baharu,” ujarnya.

Katanya, sejumlah hampir 40 orang kanak-kanak dihantar oleh ibu bapa mereka untuk belajar di Tabika Kemas berkenaan.

Tinjauan di lokasi Tabika Kemas Banggol Peradong sempat merakamkan peralatan permainan yang dilaporkan rosak dan tidak selamat digunakan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️