Himpunan PAS Dungun (HIMPUN 1.0); Membina Kepelbagaian Tautan
DUNGUN – Tiga hari tiga malam, Himpunan PAS Dungun Kali Pertama (HIMPUN 1.0) berjaya membina kepelbagaian tautan dalam menerokai denai kemasyarakatan di hati warga, sekitar daerah yang pernah terkenal seantero dunia dengan hasil besinya.
Pada perang dunia kedua, hasil bijih besi dari Bukit Besi kira-kira 38 kilometer dari tapak HIMPUN 1.0, turut dijajah imperialis Jepun dan produk persenjataan yang turut membunuh puluhan ribu penduduk Tanah Melayu, mungkin hasil dari Dungun.
Pada zaman ini, tiada jiwa yang terkorban berikutan terokaan semula kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menggondol Bukit Besi dengan alasan mahu ‘menyodok’ semula bijihnya.
Namun seluas 2, 553.2 hektar bersamaan 6, 309.08 ekar hutan, kawasan Bukit Betung, Bukit Batu Tiga, Bukit Puteri dan Bukit Besi dalam mukim Jerangau, telah menjadi korban.
Dan yang paling malang bagi anak cucu kawasan terbabit adalah, ia terletak hutan simpan kekal.
“Pengauditan yang dijalankan mendapati tanah seluas 2,553.2 hektar (6,309.08 ekar) di kawasan Bukit Betung, Bukit Batu Tiga, Bukit Puteri dan Bukit Besi, Mukim Jerangau, Daerah Dungun yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Besul Tambahan
“telah diluluskan untuk pajakan melombong bijih besi kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu pada tahun 2012,”ujar Ustaz Mohd Nor Hamzah membaca Laporan Ketua Audit Negara Siri 3, tahun 2014.
ADUN Bukt Payong, Marang itu manambah, sebagaimana dilaporkan, semakan Audit mendapati permohonan itu tidak disertakan dengan kajian prakebolehlaksanaan seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 63(2) EMT 2002.
Malah Laporan impak alam sekitar (EIA) juga masih masih belum dikemukakan.Ketua Penerangan PAS Terengganu itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapana pada Majlis Perasmian HIMPUN 1.0, Khamis 10 Mac.
Pelbagai lagi kisah ‘bobrok’ dan hodoh kerajaan Umno-BN yang didedahkan dalam himpunan tersebut disamping aktiviti sosial dan kemasyarakatan termasuk ‘meladeni’ jiwa orang muda lelaki dan perempuan.
Dewan Pemuda PAS Dungun mengatur langkah baru membina tautan dengan kelompok-kelopok anak muda yangpenuh kepelbagaian.
Selain acara ‘biasa-biasa’ menyelami hidup masyarakat dengan penganjuran pertandingan ‘Dam Aji’, Karom dan bola sepak mini ‘3 on 3’, pertunjukan wau dianggap kurang menarik berbanding ‘Permainan Palang’.
Sekumpulan remaja bertubuh sasa, antara 15 hingga 19 tahun berjaya menarik para pengunjung dengan kekuatan fizikal mereka melakukan senaman atas palang besi.Mereka yang dikenali dengan kumpulan ‘Bar Shark’ Dungun walau bagaimana pun menasihati orang ramai, “agar jangan meniru aksi mereka”.
“saya dan 13 orang yang lain, berasal dari Dungun, kami berumur antara 15 hingga 19 tahun……..jangan tiru aksi kami di rumah.
“kecuali nak buat ‘abs’ (latihan perut) tu bolehlah,”ujar Ketuanya Ahmad Baihaqi Yahya.
Mereka telah menunjukkan aksi gaya bebas umpama atlet jimnastik, melambung-lambung tubuh mereka dan meloncat turun naik palang besi tersebut.
Gerakan berani mereka sekali sekali menukar posisi badan ketika berada di udara, adalah atas latihan jasmani yang dibuat bertahun-tahun.
Sementara itu, Muslimat dan Ameerah yang memenuhi waktu pada pagi Jumaat, 11 Mac, juga mempamerkan ‘talk show’ yang agak berbeza, dengan acara seumpamanya sebelum ini.
Dengan tajuk ‘I Want To Be The Next Siti Khadijah’ tema pentas anak muda muslimat lebih dinamik memberikan fokus dalam mengambil contoh kejayaan wanita Islam pertama Siti Khadijah bt Khuwailid yang juga isteri Rasulullah SAW.
Dua orang Muslimat muda menjadi panel perbincangan, menceritakan kepada khalayak, bagaimana mereka menempa kejayaan sebagai seorang usahawan.
Sebelum itu, Timbalan Ketua Muslimat Pusat Dr Rosni Adam sempat memberi nasihat agar khususnya anak muda kaum hawa dalam PAS tidak mudah terpedaya dan hanyut dalam dunia peralatan telekomunikasi dan aplikasi.
“jangan meneria bulat-bulat semua maklumat yang datang dari aplikasi ‘Whatsapp’ kena tapis dan saring, agar kita lebih berhati-hati,
“sekarang ada satu mazhabbaru……..……mazhab ‘whatsapp-iah’, kta mesti menilai samada makklumat itu betul atau tidak,”ujarnya keita merasmikan Himpunan Muslimat PAS Dungun pada Jumaat, 11 Mac.
Beliau turut memuji beberapa tindakan PAS Terengganu, yang dianggapnya menepati ciri politik matang dan sejahtera.
Antaranya kata beliau adalah, penglibatan ahli-ahli PAS dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sehingga berjaya menghentikan kegiatan ‘Mat Rempit’ yang tidak mendatangkan faedah serta menyusahkan orang ramai.
HIMPUN 1.0 bermula pada Khamis 10hb dan tamat pada Sabtu 12 Mac, 2016, diadakan di tanah lapang berhadapan stesen minyak Shell Batu 5, Dungun, Terengganu.
https://youtu.be/mZ59XQXNNYc
https://youtu.be/OsRHisK1KwQ