NegeriTerengganu

Guna Hujah Bukan Emosi Untuk Capai Kemenangan

SETIU – Ketua Dewan Pemuda Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah menyeru para pemuda agar berpolitik berpandukan hujah dengan menolak emosi serta menggunakan teknologi maklumat dengan cara yang betul dalam usaha mencapai kemenangan.

“kita minta anak-anak muda yang ada sekarang, gunakan saluran maklumat ini untuk menghantar seramai mungkin anak-anak muda di Terengganu khususnya untuk mengubah corak pentadbiran Terengganu ini pada PRU-14 nanti, in sha Allah..

“dengan rahsia besar ada di tangan Mat Said seperti yang di katakannya……dengan politik matang sejahtera, sekarang yang berlaku ini adalah untuk kita menilai dan pemuda khususnya bekerja keraslah dan berdamping dengan semua golongan,” katanya ketika merasmikan Medan Himpunan Pemuda Batu Rakit (MEMBARA 2016) di Kampung Pancur Kuin.

Sementara itu Ketua Pemuda Batu Rakit, Ustaz Shafizi Ismail mengharapkan program yang di atur adalah sebagai titik permulaan bagi meneruskan gerak kerja yang telah di atur dalam bekerja untuk mencapai kemenangan di Batu Rakit.

“marilah kita berjuang untuk mengembalikan pemerintahan islam yang telah hilang hampir 100 tahun sejak 1924…para ulama menyatakan islam tidak pernah jatuh lebih dari seratus tahun..

“dan kemungkinan zaman kita di dalam pemuda inilah tuhan memberi kemulian untuk kita terus bekerja dan melihat kembali pemerintahan islam yang telah hilang,” katanya yang juga merupakan Exco Dewan Pemuda Negeri di hadapan lebih seratus orang petugas pemuda Batu Rakit dan mereka yang hadir.

Membara 2016 yang di anjurkan oleh Penyelaras Pemuda Dun Batu Rakit ini akan berakhir pada Sabtu dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan terbuka cub cross, santai bbq dan tayangan skrin, sukaneka pasti, pertandingan dart, street soccer, aktiviti ameerah bagi mengukuhkan persaudaraan islam serta mendekati golongan orang muda dalam membentuk kekuatan dan pengisian bermabafaat.

Turut hadir dalam majlis perasmian ini Ketua Pemuda PAS Kawasan, Muhammad Zaidan Abdullah dan Ustaz Mohamad Nazari Alias selaku pengerusi Majlis Tindakan Dun Batu Rakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️