Mak Cik Zafiah Gembira Terima Kunjungan ‘Team Perubatan’ HARAP
Mak Cik Zafiah Hussin, 65, dari Kampung Binjai Rendah, sangat sukacita apabila menerima kunjungan ziarah isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Tuan Roslina Tuan Sulaiman.
Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Terengganu itu, mengadakan lawatan bersama 20 orqng doktor dari Persatuan Perubatan Ibnu Sina ke rumah-rumah pesakit dalam DUN Pengkalan Berangan.
Beliau berkata program tersebut adalah sebahagian dari aktiviti PAS sempena Himpunan Harapan Semua 3.3 (HARAP 3.3).
“Pada petang ini alhamdulillah kita ziarah sebanyak 20 buah rumah bersama dengan Dr dan juga pimpinan muslimat negeri dan isteri-isteri wakil rakyat daripada seluruh negeri Terengganu,”
“tujuan adalah untuk memasyarakatkan PAS. Kita pergi ke rumah untuk dekati masyarakat semua golongan samaada PAS atau UMNO dan semua rakyat negeri Terengganu ini.
“Bersamanya kita bawa sumbangan barang dan juga wang untuk setiap rumah tempay kita ziarah memasyarakatkan PAS,”ujarnya
Mak Cik Zafiah, yang mengalami stroke, kencing manis dan darah tinggi, diberikan ubat setelah dibuat pemeriksaan dihadiahkan sedikit sumbangan berupa barangan makanan