NegeriTerengganu

Sabasun Ucap Terima Kasih Atas Sokongan

KUALA TERENGGANU – Sabasun Hyperuncit, sebuah perniagaan runcit besar, milik orang Melayu Islam anak jati Terengganu, mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai dan kerajaan kerana telah membatalkan rancangan mahu membangunkan tanah milik syarikat tersebut.

Pengurisnya Che Salmi Ibrahim berkata, tanah terbabit dikembalikan semula dan Sabasun dibenarkan dibenarkan untuk membangunkan tanah seluas 10 ekar tersebut.

“Alhamdulillah berkat dengan sokongan dan doa daripada orang ramai, kerajaan negeri telah menawarkan satu penyelasaian dengan menyerahkan balik tanah kepada Sabasun.

“Terima kasih kepada BuletinOnline terutamanya yang telah banyak membantu untuk berkongsi cerita dan mendapat hebahan dari semua pihak,”ujanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai program promosi sempena Himpnan Harapan Semua 3.3 (HARAP 3.3) di Kampung Padang Mengkuang, dekat sini pada Khamis, 25 Februari.

Oleh itu, katanya, pihak beliau akan meningkatkan usaha niaga Sabasun bagi memenuhi keperluan bekalan makanan halal dan bersih dikalangan umat Isla di negeri ini.

“In sha Allah kalau tiada apa-apa aral dalam tempoh 2 tahun ini kita menjangkakan untuk membuka sebuah cawangan lagi, cawangan yang ketiga Sabasun di Kemasik,

“dan juga sebuah Halal ‘Business Mall’ di Wakaf Tembesu itu sendiri yang mengrangkumi pusat dagangan ‘supermarket dan juga Parkson’ yang akan sama-sama bergabung di atas tanah yang sama,”jelasnya.

Beliau menegaskan di dalam bangunan yang sama, yang akan dibangunkan sebuah gedung perniagaan yang diperuntukkan, 30 peratus tempat untuk usahawan bumiputera berniaga pada kadar sewa yang diskaun.

Sehubungan itu, cadangan syarikat tersebut, kata beliau, untuk membina satu pusat perubatan tidak akan diteruskan.

“Berkait pusat perubatan, ianya ‘clash’ dengan beberapa pusat perubatan yang telah dibangunkan oleh kerajaan negeri,

“jadi kami menukar strategi……… sedikit dengan menumpukan kepada pusat jualan, dagangan dan juga pusat pameran,”katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️