NegeriTerengganu

HARAP 3.3; Perjuangan Islam ‘Sebesar-besar’ Pengorbanan

MARANG – Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata Himpunan Harapan Semua siri ketiga (HARAP 3.0) adalah bersempena usaha PAS Terengganu untuk kembali ke Wisma Darul Iman buat kali ketiga selepas diberi mandat memerintah selama dua tahun bermula pada 1969 dan sepenggal penuh dari tahun 1999 hingga 2004.

Katanya, PAS meletakkan harapan kepada Allah untuk memerintah negeri Terengganu kali ketiga selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi meneruskan perjuangan mencari reda Allah, untuk menegakkan agamaNya.

“bukan pangkat…..bukan kuasa…..bukan harta benda (yang dicari) tetapi adalah untuk meneruskan kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW untuk mendaulatkan Islam,

“perjuangan yang kita akan wariskan kepada generasi akan datang kerana kita yakin dengan Islam kita akan selamat dan dengan Islam bumi ini akan dimakmurkan,

“inilah sebesar-besar pencarian dan sebesar-besar pengorbanan,”tegas ADUN Paka itu.

Beliau berkata demikian ketia berucap pada Majlis Perasmian HARAP 3.3, di Kampung Padang Mengkuang, di sini semalam 26 Februari.

Sebelum itu, Yang Dipertua PAS Marang Haji Yahaya Ali menyifatkan HARAP bukanlah ceramah politik biasa tetapi ia adalah himpunan pelbagai pengisian bagi mengajak semua ahli dan penyokong PAS supaya istiqamah dalam perjuangan.

Katanya, rakyat tidak lagi melihat Umno sebagai parti yang menjadi pilihan bagi membina kekuatan orang Melayu dan orang Islam.

Oleh itu beliau berkata, rakyat tidak akan dikecewakan sekiranya mereka memilih PAS sebagai pengganti kepada Umno yang telah dilanda dengan pelbagai masalah.

“program HARAP adalah untuk memenuhi aspirasi rakyat, membina hubungan PAS dengan rakyat, untuk menunjukkan kepada rakyat kita bersama dengan hasrat rakyat,

“untuk memilih parti yang menjadi harapan semua, iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS),”jelas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu.

Sementara itu, Pengarah HARAP 3.3 Ustaz Kamaruzaman Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbangkan segala bantuan dan pertolongan dalam menganjurkan himpunan pada kali ini.

Beliau berharap edisi himpunan HARAP akan menjadi gema kepada seluruh masyarakat dan rakyat negeri Terengganu,bagi menerima PAS memerintah Terengganu pada pilihan raa umum akan datang.

“dengan jutaan kasih kepada semua, mudah-mudahan HARAP 3.3 yang merupakan edisi yang ketiga yang dicetuskan pemimpin mencapai matlamatnya menuju ke Wisma Darul Iman,

“perkara ini tidak dapat direalisasikan kecuali dengan gabung jalin, keutuhan uhuwan, semangat yang berpaksikan kepada tauhid daripada seluruh saf kepimpnan, sehinggalah ke peringkat cawangan-cawangan,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️