145 Pelajar Cemerlang DUN Paka Dirai
Oleh: Aziz Jusoh
DUNGUN – Seramai 145 anak-anak cemerlang UPSR 2015 di sekitar Dun Paka diraikan dalam satu majlis khas yang diadakan di dewan masjid Pinang Merah, di sini.
Menerusi majlis anugerah kecemerlangan anjuran Pusat Khidmat masyarakat Markaz Ehsan Dun Paka itu semua pelajar menerima sumbangan wang tunai.
Sumbangan yang diberikan adalah sebagai pendorong supaya para pelajar lebih bersemangat untuk meneruskan kejayaan di peringkat seterusnya.
Adun Paka, Satiful Bahri Mamat berkata, bagi meneruskan kecemerlangan peranan ibu bapa adalah sangat penting dan menjadi kewajipan untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan tertinggi sehingga ke menara gading.
” Pendidikan anak-anak adalah sangat penting kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.
“Bukan sahaja pendidikan akademik tetapi ibu bapa harus memastikan ilmu untuk bekalan di dunia dan akhirat.
“Ibu bapa perlu sentiasa prihatin kerana anak-anak adalah aset penting dalam kehidupan.
“Walaupun sumbangam diberikan tidak besar tetapi ia juga sebagai sokongan terhadap anak-anak supaya lebih bersemangat.
“Ia juga sebagai tanda sokongan dan ambil berat tentang tahap pendidikan di kawasan ini,”katanya ketika hadir menyampaikan sumbangan kepada penerima.
Sumbangan diberikan kepada pelajar cemerlang tanpa mengira latar belakang agama dan politik serta tidak ketinggalan kaum Cina.