NegeriTerengganu

Beberapa Kawasan Rendah Hulu Terengganu Dinaiki Air

KUALA TERENGGANU – Hujan yang turun dengan lebat melanda kawasan sekitar Daerah Hulu Terengganu sejak semalam mengakibatkan beberapa kawasan rendah mula dinaiki air dan beberapa jalan sudah tidak dapat dilalui.

Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, air banjir telah sekurang-kurangnya melimpah pada dua jalan utama di daerah terbabit.

“Pagi ini Bilik Gerakan Banjir Khidmat Malaysia Hulu Terengganu melaporkan, paras air Sungai Telemong telah melimpah dan air semakin naik lantaran hujan yang turun semakin semakin lebat.

“Jalan Kampung Pueh ke Kuala Ping Laluan T137 hampir terputus. Termasuk Jalan Telemong ke Sg Tong juga hampir terputus,

“jarak kawasan terlibat kira-kira 50 meter dengan kedalaman atau Paras Air :sekitar 0.4 meter dan ditutup untuk kenderaan ringan, “ujarnya

Namun begitu, Setakat ini, kata beliau, belum ada laporan perpindahan mangsa banjir dilaporkan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu telah memberi arahan agar Bilik Gerakan Banjir Hulu Terengganu diletakkan dalam keadaan bersiap siaga dan bersedia diaktifkan pada bila-bila masa berdasarkan kepada perkembangan cuaca semasa.

“Khidmat Malaysia Negeri Terengganu menasihatkan kepada penduduk Hulu Terengganu yang tinggal di kawasan berisiko banjir untuk membuat persiapan yang sepatutnya dengan kemungkinan perlu berlaku perpindahan,

“Sebarang urusan berkaitan, boleh hubungi talian hotline Bilik Gerakan Banjir Khidmat Malaysia Hulu Terengganu, 0199923555, 0139849466,”jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Bukit Besi Zul Shawaluddin Yusuf melaporkan, paras air sungai Dungun di kampung Shukor, Hulu Dungun juga mengalami peningkatan.

“Sungai Dungun di Kampung Shukor, Hulu Dungun pada jam 7 pagi tadi (hari ini).. ………..air sudah mula meningkat ke (paras) tebing,”katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia pada lewat malam Ahad telah mengeluarkan amaran tentang ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang akan berlaku di negeri Perak (Daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Kuantan dan Jerantut), Kelantan (Daerah Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (Daerah Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman)

Menurut kenyataan Laman rsminya, Bahagian Mukah (Daerah Mukah, Dalat dan Matu), Samarahan (Daerah Asa Jaya, Samarahan dan Serian) dan Kuching (Daerah Kuching dan Lundu) di Sarawak juga mengalami cuaca yang dan dijangka berterusan sehingga awal pagi, Isnin 28 Disember 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️