NegeriTerengganu

100 Keluarga Miskin Rhu Rendang Terima Bantuan Persekolahan

Oleh : Faizal al-Meidaney

MARANG – Dewan Pemuda PAS dengan kerjasama Ameerah Kawasan Marang hari ini telah selesai menjayakan Program Penyerahan Bantuan Pakaian Persekolahan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang telah diadakan di sebuah pasaraya pagi semalam di sini.

Seramai 100 orang penerima yang terdiri daripada keluarga fakir dan miskin serta anak yatim dari sekitar DUN ini telah hadir di program yang dirasmikan oleh Ustaz Sulaiman Sulong.

Dalam ucapan perasmian, Sulaiman Sulong yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan berkata program ini adalah hasil sumbangan orang ramai.

Kata beliau lagi, ” tidak kita lupa untuk berdoa memohon agar Allah membalas jasa kepada seluruh penyumbang-penyumbang yang telah menyumbang sehingga berjayanya program kali ini”.

“Kita berharap agar anak-anak penerima belajar bersungguh-sungguh dan dapat membantu meringankan bebanan Ibubapa bilamana berjaya kelak”,Tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN, Sdr Aswadi Mohamad berkata, objektif diadakan program seumpama adalah kerana ingin meringankan beban yang terpaksa di tanggung oleh keluarga dek kos sara hidup yang tinggi sekarang.

Rata-rata penerima amat teruja dan bersyukur kerana ada tangan yang menghulur disaat mereka mmerlukan kelengkapan untuk memasuki sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi seperti insan lain.

Salah seorang daripada penerima yang ditemui di perkarangan Pasaraya tersebut, adik Fatimah, 11 tahun dari Kampung Rhu Renggeh mengucapkan syukur kehadrat Allah swt, serta mendoakan agar penyumbang diberikan ganjaran yang setimpal dengannya.

“Saya begitu teruja kerana sebelum ini tidak pernah dibawa ke Pasaraya besar seperti ini untuk memilih sendiri kelengkapan persekolahan sebelum ini” Adik Nur Hilwana, 7 tahun dari Kampung Rusila.

Majlis yang berakhir sekitar jam 12 tengah hari tadi turut dihadiri Setiausaha DPPKM Sdr Sabri Zakaria, Sdr Ahmad Nazirul Bin Ismail Setiausaha PPDRR serta saf kepimpinan yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️