NegeriTerengganu

Muslimat Seru ‘Makcik’, G25 Kembali Ke Pangkal Jalan

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) mengajak dan menyeru semua ahli-ahli Kumpulan G25 khususnya ‘Mak Cik’ Datuk Noor Farida Ariffin untuk kembali ke pangkal jalan.

Menurut Ketuanya Puan Safinah Jusoh, Islam perlu dipelajari kerana ia adalah satu agama yang lengkap, yang hanya diterima oleh Allah.

“Kembali kepada Islam yang saya maksudkan sangat mudah iaitu kenali dosa pahala (berilmu) kemudian cintakan pahala dan bencikan dosa,

“banyak pahala ke syurga, banyak dosa ke neraka. Benci dosa jadi mulia, tidak membenci dosa jadi hina “, tambah beliau.

Beliau berkata demikian merujuk kepada beberapa tindakan kumpulan G25 itu yang mempersoal hukum-hakam Islam, yang turut pernah mencadangkan agar JAKIM dibubarkan.

Yang terbaru dan ‘kontoversi’ adalah, cadangan kumpulan bekas-bekas pegawai kerajaan Malaysia itu agar hukuman terhadap kesalahan ‘khalwat’ dimansuhkan.

Menurut Safinah, cadangan dan pandangan kumpulan tersebut amat merbahaya kepada umat Islam terutamanya kepada golongan yang cetek fahaman agamanya.

Sehubungan itu, beliau hairan bagaimana G25 yang terdiri daripada 25 orang ahli dan 18 orang lelaki itu boleh mewakilkan kepada seorang perempuan, yang tidak pun menutup aurat.

“18 ahli 72% ahlinya lelaki, bagaimana boleh mewakilkan kepada yang perempuan menjadi jurucakap…..?,

“mungkin Allah hendak mendedahkan pembohongan mereka hanya melalui jurucakap mereka saja, seorang perempuan yang tidak menutup aurat dan terang- terangan melakukan dosa,”tegasnya.

Bagi Muslimat, kata beliau, semua ulasannya tentang Islam bagi mereka yang tidak mentaati Islam adalah tertolak dengan sendirinya.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia agar menolak kumpulan itu yang disifatkannya adalah hasil dari pendidikan ‘sekular’ yang berfikiran ‘agama suku dan politik suku’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️