PEKA Berkesan Mendidik Pelapis
Oleh Azizah Mahmood
MARANG – Tiada yang muda jika tiada yang tua dan golongan yang tua harus di hormati dan yang muda disayangi.
Proses membentuk generasi muda sebagai pelapis bermula ketika di peringkat menengah rendah.Melihat kepada perlunya pentarbiyahan awal, Penyelaras Pemuda DUN Wakaf Mempelam sekali lagi mengadakan Perkhemahan Remaja Dun (PEKA).
Program tersebut disertai hampir 100 orang peserta dan seramai 50 orang urusetia terdiri daripada Pemuda, Muslimat, Ameerah dan MTD DUN Wakaf Mempelam.
Peserta berumur antara 13 hingga 17 tahun ini terdiri dari anak-anak pengundi dalam DUN Wakaf Mempelam.
Ketua pemuda DUN Wakaf Mempelam, Saudara Mohd Nizam Salleh berkata, Program tahunan itu sudah sebelas kali dijalankan dan PEKA kali ini adalah kali ke sebelas.
“Matlamat kita adalah melahirkan generasi muda yang berilmu dan menjadi pencetus ummah pada masa hadapan yang bersahsiah tinggi, ” ujar beliau ketika berucap kepada para peserta pada 10 hingga 12 Disember 2015 bertempat di Marang Village, Kelulut, Marang.
Seorang peserta kalietiga adik Mohd Fadli Mat Su berkata, beliau selalu menunggu-nunggu program itu.
“saya bersama kawan-kawan selalu menunggu-nunggu program ini, yang selalu mengundang idola saya sebagai tetamu undangan.
“Tahun ini saya dapat melihat imam muda Fakhrulrozi bersama kami, ” ujarnya yang berumur 15 tahun, berasal dari Merbau Patah.
Program itu turut menjemput seorang pendakwah bebas, Ustaz Alim Zakaria yang menyampaikan motivasi pada peserta.
ADUN Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut pula dijemput untuk merasmikan penutupan Program itu.
“Program begini amat berkesan dan saya mengucapkan syabas pada semua yang menjayakan, walaupun melibatkan kos yang tinggi,
“ianya masih mampu diadakan kerana kerjasama erat semua jentera parti, tahniah dari saya dan MTD, ” ujar beliau.