NegeriTerengganu

Bencana; Ujian Allah, Ruang Kebajikan Kepada Manusia

MARANG – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memohon petunjuk daripada Allah supaya semua ahli dan penyokong serta penggerak Khidmat Malaysia, sentiasa bersama dengan kerja-kerja kebajikan.

Katanya, ia merupakan lapangan dan bidang yang dibuka oleh Allah bagi kebaikan dunia sehingga hari akhirat.

“ruangnya terlalu luas, khususnya kebajikan menolong orang yang ditimpa kemalangan dan kesusahan, sebagaimana di sebutkan dalam hadis Nabi,

“bagaimana Allah memberikan rahmat dan mengampunkan dosa kepada seorang yang memberikan pertoongan kepada seekor anjing di padang pasir,”ujarnya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika merasmikan penjenamaan semula Khidmat Malaysia Peringkat Negeri Terengganu dan pelancaran Dana Banjir 2015 di masjid Rusila di sini pagi ini.

Katanya, seorang hamba Allah yang diceritakan oleh Nabi Muhammad itu tidak mengira susah payahnya dan apakah hukumnya, menolong seekor anjing yang merupakan ‘najis mughallazah (berat)’.

“Dia (orang itu} fikir hanya untuk menolong ‘benda yang hidup’ benda yang bernyawa merupakan hamba Alah Ta’ala,

“apatah lagi menolong manusia yang ditimpa kemalangan dan kesusahan bila-bila masa sebagai ujian dari Allah SWT,”jelasnya

Orang ditimpa bencana oleh Allah katanya, memberi ruang kepada golongan lain membuat kebajikan dan menolong mereka yang ditimpa musibah itu.

https://youtu.be/GdCX7q5C6ZE

“ini adalah peluang yang Allah berikan kepada kita, apa lagi kita buat (pertoongan itu) secara berjamaah, secara beramai-ramai (akan bertambah ganjarannya),

“kalau sembahyang seorang, tak sama dengan pahala sembahyang berjamaah (yang) pahalanya berlipat kali ganda,”tegasnya.

Justeru itu beliau mengucapkan syabas dan memberikan semangat kepada Khidmat Malaysia Peringkat negeri Terengganu yang dilancarkan bagi menghadapi musim banjir ini.

https://youtu.be/UPLJuxwWqok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️