NegeriTerengganu

PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ustaz Azhar

MARANG – PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Azhar Jusoh, 47, yang meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya di Kilometer 315.2 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat susur keluar Plaza Tol Kerteh, Kemaman, pagi kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Ariffin Deraman menyeru kepada semua masyarakat memberikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham sebagai tanda prihatin semua pihak terhadap musibah yang melanda.

“saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham yang meninggalkan (seorang isteri dan Zuraini Ilias dan) 10 orang anaknya yang masih lagi sebahagian besarnya bersekolah, yang masih kecil belaka dan dalam kandungan (isterinya) ada lagi seorang,“Allahyarham seorang yang baik (selaku) imam masjid Kubang Panjang……sentiasa membeikan (dalam) khutbahnya kepada kita,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Presdien PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menunaikan solat jenazah di pusara Allahyarham di kampung tersebut.

Turut sama ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan kepimpinan PAS Kawasan Marang.

Ariffin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu mengharapkan dan berdoa supaya roh Allahyarham ditempatkan oleh Allah bersama orang-orang yang saleh.

Menurutnya, anak-anak Allahyarham berusia antara 20 hingga 5 tahun termasuk anak bongsunya yang kurang upaya (OKU) kategori sindrom down.

https://youtu.be/jBjVpUT5xww

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️