NegeriTerengganu

Pemuda Kuala Nerus Diseru Mencipta Sejarah

KUALA NERUS – PAS yang sudah masak dengan ‘sepak terajang’ politik menegaskan, ‘menurunkan’ Perdana Menteri (PM) Dato’ Seri Najib Razak tidak akan membawa sebarang perubahan kepada masalah yang sedang dihadapi dalam negara ini.

Bahkan, Exco Pemuda PAS Malaysia YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata, pengalaman lalu menunjukkan, pertukaran dua PM sebelum pilihan raya hanya memberikan impak peningkatan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Oleh itu, beliau menegaskan, keseluruhan pemimpin Umno-BN perlu dijatuhkan dalam pilihan raya akan datang.

“Bila Tun Mahathir ‘sakit’ tukar kepada Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) BN menag besar dalam pilihan raya, termasuk PAS kalah di negeri Terengganu,

“Bila tukarkan Pak Lah dengan Najib, BN terus menang…….sebab itu semua Umno dan BN perlu dijatuhkan dalam pilihanraya akan datang,”jelasnya.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu berkata demikian dalam program dailog isu semasa bersama pemuda PAS Dewan Undangan Negeri Seberang Takir pada Selasa malam, 29 September.

Justeru itu, beliau menyeru para pemuda PAS agar megemaskan jentera dan meningkatkan gerakkerja dalam usaha untuk merampas kembali tampuk pemerintahan negeri Terengganu.

Hishamuddin yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus mengajak para pemuda mempertahankan kerusi parlimen itu dan mencipta sejarah, mengalahkan ‘Menteri Besar’ di dalam DUN Seberang Takir.

“Saya menyeru agar pemuda PAS melipatgandakan usaha untuk mengambil kembali pemerintahan di negeri ini, mempertahankan parlimen Kuala Nerus dan mencipta sejarah,

“mengalahkan Menteri Besar di kerusi DUN Seberang Takir dengan menag sokongan rakyat di luar dua kem,”katanya yang merujuk kemenangan Umno-BN dalam DUN terbabit bukan kerana kekuatan Umno tetapi kerana semata-mata disokong undi polis dan tentera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️