NegeriTerengganu

Usul Tergempar ‘Tahaluf Siyasi’ Kekalkan PAS Dalam Pakatan

KUALA TERENGGANU – Dato’ Mustafa Ali bagaimanana pun turut mempertahankan usul tergempar yang dikemukakan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat di Muktamat Tahunan PAS kali Ke-61 itu.

Oleh kerana, katanya usul tersebut berkaitan dengan ‘tahaluf siyasi’ yang melibatkan soal halal, harus dan haram perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulama’ (MSU).

“Ianya (krisis) ada hubung kait dengan usul Dewan Ulamak PAS di Muktamar Tahun PAS Kali Ke-61, di Kuala Selangor baru-baru ini. Usul tergempar yang dikemukakan oleh Dewan Ulamak itu diterima tanpa bahas di muktamar.

“Dalam keadaan usul biasa muktamar memang memutuskan (muktamad). Oleh kerana, soal ‘Tahaluf Siyasi’ ini berdasarkan hukum halal, haram, harus itu ada pada PAS.

“Sebab, ia bersandarkan prinsip (parti) itu Islam. Setiap tindakan itu akan dirujuk sama ada betul atau tidak tindakan mengikut prinsip dan ajaran Islam. Yang menentukan soal harus, halal dan haram itu Majlis Syura Ulama’ (MSU).

“Usul itu juga menyerahkaan kepada MSU dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tetapi kita (PAS) kena maklumkan kepada muktamar usul itu,” jelasnya bagi merungkai salah faham terhadap usul berkenaan.

Menurut Dato’ Mustafa, Majlis Syura Ulama’ masih belum bincang soal usul itu oleh kerana kebetulan MSU juga telah tamat tempoh penggal berdasarkan perlantikan lima tahun sekali.

Ketika ditanya tentang masa depan Pakatan Rakyat apabila pihak DAP telah bertindak keluar dari pakatan tersebut, beliau menegaskan bahawa PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.

“Pada saya, oleh kerana DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS walau pun usul itu belum dibawa ke mesyuarat (MSU) tetapi DAP sendiri telah memutuskan (tahaluf) dengan PAS.

“Tetapi, usul itu mengekalkan PAS dengan Pakatan Rakyat sama sebagaimana Barisan Alternatif pada tahun 2001, apabila DAP keluar (BA) dan kita (PAS) masih bersama dengan KeADILan (ADIL).

“Apabila DAP memutuskan kerjasama dengan PAS maka ‘terputuslah’. PAS masih bersama dengan Pakatan Rakyat kerana masih ada dua dari tiga komponen parti pakatan,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️