NegeriTerengganu

Syukur OKZ Dibebaskan

TAPAH – ‘Orang Kena Zalim’ (OKZ) yang dipenjarakan ekoran bantahan rampasan kuasa kerajaan negeri Perak di masjid Ubudiah Kuala Kangsar enam tahun lalu, telah diberi pengampunan dan dibebaskan.

Salah seorang daripada 11 orang yang telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan itu adalah bekas aktivis mahasiswa Mohd Faiz Mohd Arsyad.

Beliau mengucapkan syukur dan menjunjung kasih kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang telah memberikan pengampunan, sempena 1 Ramdhan 1436.

“Alhamdulillah………..Syukur ke hadrat Allah SWT diatas pembebasan 11 ‘OKZ’ demontrasi Kuala Kangsar bertepatan 1 Ramadhan (tahun ini). Terima (menjunjung) kasih kepada Sultan Nazrin diatas pengampunan yang diberi kepada kami.

“Tidak lupa kepada ahli keluarga, rakan taulan serta para pendokong kebenaran, penentang kezaliman kerana sentiasa memberikan sokongan dan dokongan untuk 11 ‘OKZ’ selama kami berada didalam tirai besi,”ujarnya sebaik menlangkah keluar dari Penjara Tapah jam 9.15 malam, Khamis 18 Jun.

Beliau berkata, mengambil ibrah badar kubra, 11 ‘OKZ’ yang dibebaskan, lebih bersemangat untuk menentang segala bentuk kebobrokan, ketidakadilan serta kezaliman selepas ini.

Pembebasan beliau telah disambut oleh ayah mertuanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Nerus, Haji Saari Mohd Amin, bersama anak dan isteri Faiz, Maryam.

Sehubungan itu, Haji Saari turut merasa sukacita kerana mertuanya dapat menyambut kedatangan bulan yang dinanti-nantilan oleh umat Islam pada tahun ini bersama keluarga.

“Alhamdulillah, saya rasa sukacita……..Faiz dapat menyambut bulan Ramdhan…..bulan yang diannanti-nantikan oleh umat Islam, bersama keluarganya yang telah beberapa bulan berpisah,”kata beliau.

Sebelum itu, Ahli-ahli keluarga 11 ‘OKZ’ berkenaan mula berkumpul dan menunggu pembebasan mereka di hadapan Penjara Tapah kira-kira pukul 6 petang.

Bagaimanapun, banduan-banduan berkenaan hanya dibebaskan pada pukul 9 malam dan dibawa keluar menaiki bas Jabatan Penjara Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️