NegeriTerengganu

‘Syura’ Rahsia Kejayaan Dewan Ulamak

KUALA SELANGOR – Dewan Ulamak PAS Pusat telah melakar sejarah tersendiri pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61, di Stadium Kuala Selangor dengan tidak berlaku sebarang pertandingan peringkat jawatankuasanya.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kesemua calon Dewan Ulamak 2015-2017 menang tanpa bertanding.

Ini kerana, kata beliau persefahaman secara syura yang diamalkan oleh anggota dewan tersebut adalah rahsia kejayaannya.

“Semua calon Dewan Ulamak PAS Pusat yang menang tanpa bertanding rahsianya kita (Ulama’) amalkan syura dalam kalangan kita. Selalunya yang dicalonkan oleh kawasan-kawasan atau negeri ini adalah mereka-mereka yang berkemampuan dalam kalangan ulamak.

“(Dan) kita lihat mereka-mereka (ahli) ini kalau kita syurakan kita boleh masuk itu lebih mudah dalam kalangan ulamak.

“Setakat ini kalau kita bincang soal (calon) ini, ulama’ akan berebut untuk tarik diri. Bukan berebut untuk mencalonkannya. Bila kita buat syura ia akan mencadi lebih mudah,” ujarnya.

Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti Islam tidak dapat dipisahkan dari ulama’ yang akan memandu mengikut hukum syarak.

https://youtu.be/ZS6UkIveY9E

“PAS ini parti Islam. Islam tidak boleh berpisah dengan ulamak, kerana Islam akan ditafsir, dihurai, diterangkan oleh para alim ulamak. Kalau dibuang ulamak dari kepimpinan. Siapa yang akan menerangkan kepada parti Islam supaya tindakan mengikut syarak.

“Tidak dapat dinafikan bahawa ulamak tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Selagi itu parti Islam, PAS tidak akan ada usaha untuk meminggirkan ulamak.

“Kalau tidak, PAS akan menjadi parti bukan Islam lagi. Ia akan balik semula menjadi parti istidla di Maroko,” jelasnya.

Beliau turut menyarankan agar golongan ulama’ yang ada berani menyatakan sikap kebenaran meski pun mendapat celaan pihak lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️