Yang Menang Laksanakan Amanah, Yang Kalah Terus Berjuang
KUALA SELANGOR – PAS negeri Terengganu mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin yang baru diberikan amanah, yang telah dipilih dan diberi kepercayaan untuk meneruskan legasi perjuangan PAS ini.
Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah turut memberi nasihat dan peringatan kepada semua pimpinan yang tidak terpilih agar meneruskan perjuangan.
“walaupun sudah tidak dilantik dan tidak terpilih didalam pemilihan, tetapi tetaplah terus dalam perjuangan, dan sememangnya ada turun naiknya,”ujar beliau ketika mewakili PAS Terengganu, membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar PAS Kali Ke-61 di sini semalam, 5 Jun.
Beliau memberi peringatan kepada mereka yang tidak terpilih agar tidak bersedih dan tidak merajuk serta menyepikan diri dalam meneruskan perjuangan.
Katanya, para pimimpin yang baru dilantik harus menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada ahli-ahli PAS dan tidak menghampakan harapan para perwakilan yang telah mengundi mereka.
Tegas beliau lagi bahawa tetaplah memberikan dokongan serta sokongan kepada tuan guru presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang