NegeriTerengganu

Komitmen Sepenuhnya Membantu Ustaz Nazri

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat meminta ahli dan penyokong PAS Terengganu membantu dan memberi komitmen sepenuhnya bagi memenangkan calon Pas, Ustaz Nazri Ahmad dalam kempen PRK Rompin.

Menurutnya, walaupun PAS kalah dengan majoriti besar di kerusi tersebut pada pilihan raya umum lalu, kemenangan PAS pada PRK ini akan memberi impak cukup besar kepada parti itu termasuk kesan terhadap perjuangan parti itu di negara ini.

Katanya, jentera Terengganu yang bertugas di DUN Tioman sedang rancak menjalankan kempen rumah ke rumah pada waktu ini.

“Pilihan raya ini juga besar dan penting pada kita walaupun ia merupakan kubu kepada BN tetapi jika sekiranya rakyat memberi peluang kepada kita, ia merupakan satu keuntungan yang besar dalam kita perjuangan kita selama ini,” kata beliau.

PAS Terengganu ditugaskan untuk berkempen di Dun Tioman melibatkan tiga unit peti undi (UPU) iaitu Sungai Puteri, Kuala Rompin dan Bandar Baru Rompin.

Beliau turut berbangga dengan kehadiran semua kepimpinan termasuk petugas Terengganu pada hari penamaan calon, 22 April lalu di Rompin, dalam masa sama pihaknya turut mengadakan pelancaran gerak kerja bagi Terengganu yang berpusat di Pusat Tarbiyah Dun Tioman.

Sehubungan itu PAS Terengganu telah melancarkan kutipan derma besar-besaran bagi membantu perlaksanaan kempen PRK Rompin, selain menghantar petugas sepanjang waktu berkempen sehingga hari mengundi pada 2 Mei depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️