NegeriTerengganu

PRK Rompin : Pemuda dan Ameerah Terengganu Kerah Petugas

Oleh : Zul Shawal

Kuala Terengganu – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) dengan kerjasama Ameerah Negeri Terengganu telah mengeluarkan arahan rasmi bagi membantu gerakkerja kempen untuk PRK P.091 Rompin.

Arahan tersebut diputuskan dalam satu mesyuarat khas DPPNT pada selasa lepas. Dalam mesyuarat tersebut, pemuda dan Ameerah Terengganu akan bertugas dalam gelombang ke 2 bertempat di UPU Bandar Baru Rompin bermula 26 hingga 30 April 2015.

β€œKita pecahkan kepada 2 kumpulan mengikut kawasan, yang mana Setiu, Besut, Dungun dan Marang akan bertugas bermula 26 hingga 28 April. Manakala Kemaman, Kuala Terengganu, Hulu Terenggan dan Kuala Nerus akan hadir pada 28 hingga 30 April,”ujar Setiausaha DPPNT, Ustaz Nasir.

Tambah beliau lagi, kerahan ini dibuat bagi membantu Ustaz Nazri bin Ahmad calon PAS yang bertanding adalah calon muda yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang.

β€˜Kita mengharapkan setiap kawasan boleh menyediakan paling minimun 4 orang tenaga petugas untuk ke Rompin,’ tambah beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️