Perbanyakkan ‘Arkitek’ Parti Dari Pelbagai Bidang Profesional
MARANG – PAS Kawasan ini akan mengumpulkan dan menggerakkan lebih ramai tenaga professional yang akan menjadi ‘arkitek parti’ bagi menggerakkan parti dalam semua aspek.
Yang Dipertuanya Haji Yahaya Ali berkata, ia tidak semestinya hanya dikalangan ‘ustaz’ sahaja tetapi ahli-ahli yang mempunyai kepandaian dalam pelbagai bidang.
“kita perlu mengumpulkan dan mengerakkan lebih ramai ‘arkitek-arkitek’ parti…..bukan semestinya ulamak…….bukan semestinya orang dalam bidang pengajian ugama,
“tapi dalam semua bidang professional termasuk bidang kemahiran alam menguasai masyarakat,”ujarnya.
https://youtu.be/lmHEquVMVmg
Beliau berkata, ia adalah amat penting dalam usaha PAS menggabung jalin tenaga pakar, supaya menjadi lebih kuat.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Marang Kali Ke-31 di Rusila, Sabtu 25 April.
Menurutnya, keputusan itu telah menjadi resolusi kawasan Marang pada Konvensyen yang telah diadakan pada penghujung tahun lalu.
Beliau turut menyeru agar para ahli dan penyokong PAS memperkuatkan ‘dalaman’ parti bagi membina keyakinan rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum kali ke-14 akan datang.
Dalam mesyuarat itu, PAS Marang sebulat suara memilih Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk dicalonkan sebagai Presiden PAS dan Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan, untuk pemilihan parti yang diadakan pada Muktamar Kali Ke-61, Jun depan.
https://youtu.be/IiV0oV9uxgY
“kita telah seleai agenda-agenda pemilihan (bagi calon) Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden (dengan itu) PAS Kawasan Marang telah mencalonkan.
“Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagi Presiden…..Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man (sebagai calon) Timbalan Presiden,”ujar Setiausaha PAS Marang, Hassan Jusoh.
Katanya, bagi calon Naib-naib Presiden terdiri daripada Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, Ustaz Nasruddin Hassan dan Dato’ Iskandar Abdul Samad.
Beliau berjarap, dengan pencalonan itu akan menjadi penunjuk arah kepada kawasan-kawasan PAS di seluruh Malaysia yang belum lagi mengadakan mesyuarat agung, agar meneruskan kepimpinan ulamak di peringkat PAS Pusat.