Mukaddimah Sudah ‘Fitnah’, Masa Kempen Nanti Lebih Teruk Lagi
Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhammad berkata ia dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bersama jenteranya yang tidak akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat.
“ia adalah rekaan yang dibuat-buat oleh Umno dan Barisan Nasional bersekali dengan jentera mereka untuk memastikan pilihnaraya kali ini tidak memberi peluang, memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat,
“mereka telah serang individu-individu dalam parti, bermula dengan pimpinan, dan mereka akan terus serang dan menyebarkan (dakyah) maklumat sehingga rakyat dan pengundi tidak yakin kepada kerajaan (menunggu) yang akan menggantkan Barisan Nasional (BN),”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengdakan lawatan dan bertemu dengan para petugas pilihanraya PAS di peringkat kawasan daerah mengundi (UPU) DUN Bandar pada Ahad malam, 14 April.
Menurutnya, fitnah dan serangan yang telah dilakukan oleh ‘musuh’ sudah ‘agak melampau’ walaupun baru dalam tempoh ‘mukaddimah’ kempen, sebelum hari penamaan calon.
Beliau menjangka, tindakan-tindakan Umno-BN akan ‘lebih dahsyat’ dalam tempoh kempen, sehinggalah hari pengundi PRU-13, pada 5 Mei akan datang.
“…..itu mukaddimah baru……tidak masuk lagi (tempoh kempen) pilihanraya yang mana (hari pengundian) akan berlaku pada 5 Mei ini, kita tak tahulah……….kemungkinan (fitnah dan serangan) lebih dahsyat lagi daripada suasana yang ada pada hari ini,”jelasya.[Lihat Video]Katanya, ia pernah disebut oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam perhimpunan agung Umno dan cuba mengaitkan pihak pembangkang dan Pakatan Rakyat akan mencetuskan huru hara.
Kata beliau, bukanlah Pakatan Rakyat yang akan melakukan sedemikian kerana Pakatan Rakyat mendapat sokongan rakyat dan akan mengambil alih pemerintahan negara dan negeri Terengganu.
Sebaliknya, tegas beliau, Umno-BN yang akan lucut dari jawatan tersebut yang akan mengadakan huru-hara kerana tidak boleh menerima pilihan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU-13 ini.