TOLAK! Akan Meneruskan Jelajah Tolak Umno-BN Ke Seluruh Pelusuk Terengganu
Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (Gamis) negeri Terengganu Raimi Abdul Rauf mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua anak muda dan mahasiswa yang menyertai Konvoi TOLAK pada Jumaat 13 April lalu.
“Alhamdulillah, 13 April 2013, anak-anak muda dan mahasiswa telah mencatat satu lipatan dalam sejarah negeri Terengganu. Gelombang Anak Muda Tolak Umno-BN (TOLAK!) telah pun membuat ‘roadshow’ (jelajah) di sekitar parlimen Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.
“Konvoi TOLAK Umno-BN tersebut telah dijayakan dengan kerjasama TOLAK!, Gamis Terengganu, Royalti, Gabungan Anak Terengganu (Gate) dan Alternative Riding Club (ARC). Gamis mengucapkan syabas kepada semua NGO dan anak-anak muda serta mahasiswa yang berani tampil menyatakan sikap dan pendidirian,”ujarnya dalam satu kenyataan mdia hari ini, Isnin 15 April.
Menurutnya, seramai 1,000 peserta telah menyertai konvoi TOLAK tersebut dengan menaiki motorsikal dan juga kereta dan semua anak-anak muda serta mahasiswa yang menyertai Konvoi TOLAK itu adalah anak muda yang telah bertekad, mahukan perubahan di negeri Terengganu.
Beliau berkata, sepanjang konvoi peserta TOLAK telah berhimpun di Stadium Runtuh Gong Badak dan berkonvoi ke Manir hingga ke Kuala Berang bagi mengedar risalah dan berakhir di batu Burok.
Kataya, Pengerusi TOLAK!, Muhammad Azan Safar menyatakan bahawa, anak muda sudah tidak takut kepada ugutan daripada samseng Umno-BN.
“Pengerusi TOLAK!, Muhammad Azan Safar berkata, anak-anak muda tidak perlu lagi takut dengan ugutan Umno-BN, selangkah kita bergerak untuk berubah, tidak akan sekali-kali akan menyerah kalah.
“Jangan cabar kuasa anak muda, anak muda akan humban Umno/BN dalam PRU13 kali ini,”tambah Raimi
Justeru itu, tegas Raimi, TOLAK! memberi amaran kepada mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said, bahawa di peringkat negeri Terengganu, mahasiswa akan jatuhkan Umno-BN dalam PRU13 kali ini.! Insyaallah.
Perancangan selepas ini, TOLAK! di peringkat negeri Terengganu akan menjelajah ke seluruh negeri dengan masa yang berbaki ini. Hanya satu matlamat kami, mahukan UMNO/BN dihumban pada PRU13 kali ini.
“Kami memberi amaran kepada mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said, bahawa di peringkat negeri Terengganu, mahasiswa akan jatuhkan Umno-BN dalam PRU13 kali ini.! Insyaallah,”
“Perancangan selepas ini, TOLAK! di peringkat negeri Terengganu akan menjelajah ke seluruh negeri dengan masa yang berbaki ini. Hanya satu matlamat kami, mahukan UMNO/BN dihumban pada PRU13 kali ini!,”jelasnya