NegeriTerengganu

Pengasas Terakhir PAS Terengganu Kembali Ke RahmatuLlah

Menurut Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) Paka Wan Mohd Adib, Allahyarham adalah salah seorang pengasas penubuhan PAS negeri Teregganu, dan adalah yang terakhir meninggal dunia di kalangan pengasas PAS Terengganu

Allahyarham juga adalah diantara 20 bekas pemimpin PAS negeri Terengganu yang telah dipilih untuk menerima Anugerah Tokoh Jubli Emas daripada Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada majlis ceramah penutup Ijtimak Kepimpinan PAS negeri ke-10 pada tahun 2006.

Allahyarham Wan Abas, 77, adalah antara pengasas PAS Terengganu yang pernah mendapat pendidikan di Pondok Az-Zainiah, Sura Gate, Dungun.

Selain itu beliau juga pernah mendalami ilmu agama di Pondok Losong, Kuala Terengganu, Pondok Pasir Mas, Pondok Bunut Payong, Kota Bharu dan di SMA Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️