NegeriTerengganu

Rakyat Berhak tahu Apa Penyelesaian ‘Sulit’ Mad said

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanggol, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkata adalah tidak wajar Datuk Seri Ahmad Said menyatakan ia adalah perkara ‘sulit’ kerana hak royalti adalah milik seluruh rakyat Terengganu.

“Mad Said telah membuat satu penyelesaian sulit dengan Petronas dan kerajaan Pusat dan telah menarik balik tuntutan yang dibuat oleh kerajaan negeri Terengganu,

“apabila ditanya dalam Sidang DUN apakah terma-terma dan syarat yang telah dipersetujui dia jawab apa? Dia kata hok ni tak leh nak kabor….hok ni hok sulit! itulah saya kata, angkuh (dan) sombongnya gebede Mad said,

“rakyat negeri Terengganu berhak tahu apakah penyelesaian sulit ini yang dibuat oleh Mad said, kerana minyak yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala itu adalah untuk rakyat Terengganu keseluruhannya,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Ceramah Isu Semasa yang diadakan di Kampung Severang Bukit Tumbuh DU Bukit Tunggal di sini Rabu Malam 21 November.(Lihat Video)

Beliau menyifatkan tindakan Ahmad Said menyembunyikan rahsia ‘sulit’ sebagai ‘angkuh dan sombong’ serta mempunyai ‘muslihat sulit’ yang menurutnya, akan diumumkan beliau tidak lama lagi.

Selain itu, beliau menempelak kerajaan Umno-BN Terengganu yang dipimpin oleh Ahmad Said ‘menumpukkan’ pelbagai projek kepada sebuah syarikat yang bernama Teluk Kalong Construction Sdn Bhd.

“Sebuah syarikat yang bernama Teluk kalong Construction Sdn Bhd kepunyaan ‘Ah Gu’ orang kanan Ahmad Said, macam-macam projek yang dia (Ahmad Said) beri, bukan satu bukan dua….banyak,

“projek Zoo d Bukit Takal RM100 juta dia beri, projek pagar elektrik nak tahan gajah di Tasik Kenyir RM25 juata siapa boleh? dua orang saja yang dia beri (seorang) ‘Ah gu’ seorang lagi ‘Ah Yam’,”jelasnya.

Beliau mencabar Ahmad Said supaya menjawab dan memberitahu rakyat samada apa yang diperkatakannya itu betul atau tidak, dan berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadapa dakwaan beliau.>>> Berita lanjut menyusul>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️