NegeriTerengganu

Sharbinee Terima Jemputan Hadiri PGU5.0

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Moha Nor Hamzah, beliau mendapat maklumbalas dari anak-anak muda bahawa, tidak akan berlaku sebarang perubahan yang besar kepada PBSNT kecuali menukar kerajaan Umno kepada PAS.

“anak-anak muda bercakap, tidak ada penyelesaian yang paling baik, melainkan ubah kerajaan, pengrusan yang paling tepat (bagi menyelesaikan kemelut PBSNT),

“kerana keburukannya berlaku daripada Menteri Besar sehingga orang bawah, tidak ada penyelesaian yang paling baik melainkan ubah kerajaan yang ada hari ini,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertemuannya dengan bekas penjaga gol pasukan skuad Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang berlansung di rumah ibu Sharbinee di Kampung Pulau Duyung dekat sini, semalam 26 September.

Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payong berkata, beliau mendapat maklumat dari Sharbinee, sembilan orang pemain pasukan ‘Penyu’ telah menarik diri.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa dukacita dengan kemelut tersebut serta memberi suntikan semangat agar Sharbinee meneruskan karier dalam bidang bola sepak.

Katanya, sebagai pemain yang profesional Sharbinee perlu kuat semangat dan jadikan kemelut tersebut sebagai ujian bagi kemantapan diri.

“Kami, Pemuda PAS Terengganu datang untuk lawatan ziarah kepada saudara Sharbinee yang sebelum ini pelbagai kemelut melanda penjaga gol (Terengganu) ini.

“Kita (PAS) harap, dia (Sharbinee) kuat semangat sebagai pemain profesional, kemelut itu sebagai ujian dan jika ada rezeki Allah swt akan beri yang lebih baik, Insya’Allah,” ujarnya.

Sementara itu, Sharbinee yang ditemui wartawan Buletinonline ketika lawatan Ustaz Mohd Nor berkata, tuduhan menjual perlawanan oleh pihak terbabit terhadapnya adalah tidak benar serta berunsur fitnah.

“Saya sendiri yang pergi jumpa pihak SPRM minta siasat kes (jual perlawanan) ini setelah ada orang tuduh saya buat begitu…tapi saya tidak pernah buat seperti yang dituduh.

“Ini (tuduhan) macam fitnahlah kepada saya dan saya tidak pernah buat perkara (jual perlawanan) itu. Saya telah bersihkan nama dan SPRM telah sahkan,” ujarnya.

Menurutnya, pelbagai pihak memberi tawaran untuk menyertai pasukan lain seperti Pahang, Selangor, Perak dan lain-lain lagi.

Namun, kata beliau masih berfikir panjang dan sebaiknya masih mahu bersama pasukan Terengganu demi masa depan bidang tersebut.

Pada 18 September lalu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli tidak bersalah atas tuduhan jual perlawanan dan kes ditutup.

Hadir sama mengikut rombongan tersebut Timbalan Ketua Pemudanya, Ustaz Ridhuan Hasyim, Setiasaha Pemuda PAS Terengganu, Mohamad Zaidan Abdullah dan Pengarah MTD Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang.

Justeru, Ustaz Mohd Nor selaku Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (PGU5.0) telah menjemput Sharbinee untuk menjadi tetamu pada program tersebut yang akan diadakan di Pekan Jabi pada 5 & 6 Oktober depan.

Beliau berkata, Sharbinee dan beberapa rakanya menerima baik jemputan tersebut dan hadir sekiranya tiada keuzuran dan sebarang masalah yang menghalang.

“dan saya menjemput beliau dan kawan-kawannya untuk hadir ke PGU5.0 khususnya dalam slot bersama Usstaz Azhar Idrus,

“Sharbinee memberikan suatu jawapan, InsyaAllah sekiranya tidak ada keuzuran dan masalah dia akan turut hadir,”tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️