Setahun Bergelap; PAS Bantu Membawa Sinar Kepada Keluaraga Manan
Hakikatnya sebenarnya ‘jauh dari kebenaran’, apabila masih ramai rakyat yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.
Dalam pada Umno-BN mendakwa pelbagai kemudahan disediakan untuk rakyat, masih ada keluarga yang hidup di tengah bandar Chukai di sini, tinggal dalam keadaan bergelap sejak setahun lalu, kerana tragedi kemiskinan
Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata demikian ketika bersama skuad Buletinonline mengunjungi rumah keluarga malang itu di Kampung Banggol Kiri Kubang Kurus, Chukai, Kemaman.
Manan Osman, 45, dan seisi keluarganya, hidup dalam kegelapan kerana tidak mampu bagi menyediakan sejumlah deposit bekalan elektrik.
“Beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu, pada suatu malam saya berjalan meninjau di Kampung Banggol Kiri dan terkesan sebuah rumah berbekalkan cahaya lilin sedangkan jiran tetangganya bercahaya elektrik.
“Saya berhenti dan bertanyakan apa masalah keluarga (Manan) malang ini hingga terpaksa bergelap. Rupanya, telah hampir satu tahun keluarga bekalan elektrik dipotong dan tidak mampu menyediakan wang deposit untuk penyambungan semula,” ujarnya.
Menurutnya, dengan segera, pihak MTD Chukai mengambil tindakan segera dab Berjaya memberikan ‘sinar cahaya’ menyalurkan kembali bekalan elektrik kepada keluarga berkenaan.
Ketika ditemui, Manan dan isteri merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS yang prihatin dengan masalah rakyat.
“Saya (Manan) dan isteri (Rosni) sekeluarga hendak ucap terima kasih dan syukur dengan bantuan dari PAS ini hingga rumah kami bercahaya semula.
“Sebelum ini, beberapa kali anak saya yang berusia empat tahun ajak pindah rumah kerana setiap malam bertemankan cahaya lilin dan pelita sahaja.
“Peralatan rumah seperti tv, kipas dan peti sejuk lama masih ada dan boleh digunakan tetapi bekalan elektrik terputus sejak hampir setahun,” ujarnya.
Menurut beliau yang bekerja buruh kasar berpendapatan tidak menentu serta mempunyai tiga orang anak berusia empat, 17 dan 19 tahun.
Puan Rosni Ali, 37, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak PAS terutama Pengarah MTD Chukai yang menyediakan bekalan elektrik baru ini.
Menurutnya, sebelum ini masalah pernah diajukan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) setempat tetapi tidak ada perkembangan positif.
“Sebulan doh sebelum ini, kami mengadu kepada pihak JKKK di sini, mereka ada datang ambil maklumat tetapi tak ada apa-apa perkembangan (positif) dan kami terus bergelap tanpa elektrik.
“Alhamdulilah, sehari sebelum raya Aidilfitri lalu rumah kami bercahaya semula dengan bekalan elektrik baru dan terima kasih sekali lagi kepada PAS,” jelasnya.
Manan Osman pernah menjadi ahli Umno serta berkawan baik dengan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu iaitu Wan Ahmad Nizam yang juga rakan sekampungnya.