Home Berita PAS Kedah

Ziarah Sejahtera pupuk semangat kesatuan antara ahli

191
SHARE

DERGA, 5 Feb – Program Ziarah Sejahtera anjuran AMEERAH Pokok Sena dengan kerjasama Muslimat PAS Dun Derga dan PAS Dun Derga yang dilaksanakan semalam merupakan salah satu usaha memupuk semangat kesatuan dalam kalangan ahli PAS.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya DUN Derga, Tuan Haji Mohamad berkata semangat dan pengorbanan yang dilakukan oleh para petugas sangatlah dihargai.

“Ikon-ikon kita terdiri daripada mereka yang diuji dengan masalah kesihatan, kesibukan masa dan sebagainya.

Namun gerak kerja mereka saling tidak tumpah seperti orang muda bergerak kerja,” ujar beliau.

Penghargaan dan ucapan terima kasih turut diberikan kepada para petugas sukarelawan yang sudi meluangkan masa membantu program Ziarah Sejahtera ini.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program. InshaAllah semoga setiap kerja buat kita mendapat nilai di sisi Allah SWT.

Mudah-mudahan juga kita dapat lebih menghargai dan menghayati pengorbanan mereka yang tidak pernah kenal penat lelah dan sentiasa istiqomah bersama perjuangan PAS,” katanya.

Ketua Muslimat DUN Derga, Puan Fauziah turut merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada para petugas sukarelawan.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada AMEERAH Pokok Sena kerana program Ziarah Sejahtera ini secara tidak langsung telah membantu Muslimat DUN Derga menyantuni dan menziarahi lebih 30 buah rumah di lokaliti yang terlibat dalam masa yang singkat. Secara tidak langsung juga kita dapat menjalankan kempen pendaftaran ahli PAS,” ujar beliau.

Ziarah Sejahtera merupakan program bersiri berbentuk kebajikan yang dianjurkan semenjak tahun 2018 dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Pokok Sena.