Home Berita PAS Kedah

Pesakit lumpuh separuh badan terima sumbangan kerusi roda

128
SHARE

ALOR SETAR – Seorang penduduk Batas Paip, Azahar Ayob yang mengalami lumpuh separuh badan menerima sumbangan kerusi roda daripada PAS Kuala Kedah, baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kuala Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakrurazi di Kampung Bersebelahan Taman Bersatu, Batas Paip.

“Atas rasa tanggungjawab, Pusat Khidmat Penyelaras DUN Pengkalan Kundor terus menziarahi beliau di Kampung Bersebelahan Taman Bersatu, Batas Paip.

“Sayu hati saya melihat keuzuran beliau, sehinggakan Azahar sendiri menitiskan air mata sewaktu kami menyerahkan kerusi roda kepada beliau,”ujar beliau.

PAS Pengkalan Kundor turut menyampaikan sumbangan makanan bagi meringankan beban beliau.