Home Berita PAS Kedah

Usia Perahu Sagor akan diketahui

401
SHARE

Oleh Mohd Sabri Abu Bakar

KUPANG, 6 Feb – Usia dan jenis kayu Perahu Sagor bersaiz sembilan meter yang ditemui penduduk di Sungai Ketil berhampiran Kampung Lela Kuala Pegang akan diketahui selepas kajian lanjut dijalankan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad berkata, proses konservasi dan penyelidikan¬† amat penting dalam menentukan ketepatan usia bahan tinggalan sejarah.

“Bahagian Arkeologi, Jabatan Warisan Negara akan mengambil DNA dan serpihan kayu untuk pengesahan jangka hayat dan jenis kayu termasuk kajian dalam sudut lain.

“Sudah pasti penduduk di Kupang dan Baling tidak sabar menanti perkembangan perahu ini. Insya Allah selepas pihak berwajib selesai jalankan kerja mereka dapatlah kita tahu maklumat lebih lanjut,”katanya hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Penolong Pegawai Khas Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kupang, Hassan Saad dan Penghulu Kupang Badrul Hisham Che Lie turun padang di Kampung Lela Kuala Pegang bagi melihat penemuan itu.

Perahu tersebut ditemui penduduk pada 2 Februari lalu ekoran paras air sungai yang cetek pada musim kemarau.