Home Berita PAS Kedah

PAS Kedah realisasikan pembinaan pusat latihan PAS Kedah

50
SHARE

oleh: ABU AMMAR

SEDIM, 26 September 2023- PAS Kedah mengorak langkah kehadapan bagi merealisasikan pembinaan pusat latihan PAS Kedah.

Pusat latihan PAS Kedah tersebut akan disertakan dengan kemudahan awam seperti dewan serbaguna, surau, chalet, asrama dan tapak latihan bagi kegunaan ahli-ahli PAS dan juga untuk orang ramai.

Hari ini, YB Senator Ustaz Musoddak Haji Ahmad, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah bersama Jawatankuasa Pusat Latihan PAS Kedah turun ke tapak pusat latihan PAS Kedah di Sedim, Kulim bagi meninjau dan mendapat laporan kemajuan daripada pemaju kerja-kerja pembinaan surau dan pagar yang sedang berjalan.

Kerja-kerja pembinaan surau dan pagar ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Febuari 2024. Perkembangan kerja yang sedang berjalan sehingga hari ini sebanyak 24 %. Sekiranya pembinaan ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan, InsyaAllah penghujung Febuari 2024 surau ini boleh digunakan.