Home Berita PAS Kelantan

Warga UPKN lengkapkan Dos Imunisasi

24
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
KOTA BHARU, 22 Jun: Warga Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) melengkapkan dos kedua suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulnaim, semalam.
Pengarahnya, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood mengucapkan tahniah kepada semua staf UPKN yang sudah pun lengkap dua dos imunisasi dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berusaha sedaya-upaya memberi perlindungan kepada penjawat awam serta khidmat bakti petugas kesihatan.
“Usaha ini adalah yang terbaik setakat ini sebagai ikhtiar melindungi diri dan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 serta supaya Kelantan segera mencapai imuniti kelompok yang disasarkan”, katanya.
Sementara itu, majoriti staf UPKN memberi respons positif berkaitan program imunisasi tersebut melalui program bual bicara Jimi MC Xtra yang bersiaran pada pukul 2 hingga 3 petang.
Pengacaranya, Azimi Mahmood sempat menemubual beberapa pegawai sejurus selesai menerima suntikan kedua dan membacakan madah berikut;
21/06/21 – lawa nombor kapit, penjawat awam lengkap disuntik, dos kedua imunisasi COVID-19.
Semoga kita lekas bebas daripada pandemik yang sedang mengganas.
Yakinlah menerima imunisasi, inilah ikhtiar terbaik setakat hari ini. Insya Allah segala musibah dapat dihindari.
Berkat usaha Kerajaan Negeri sarankan rakyat lindungi diri dan semua keluarga.