Home Berita PAS Kelantan

Majid Ahmad johan Pertandingan Video Pendek ‘VAKSIN’

21
SHARE
Oleh SUHAIZI KADIR
PASIR PUTEH, 22 Jun: Majid Ahmad @Ayub membawa pulang RM500 apabila menjuarai pertandingan video kreatif anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Puteh.
Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Ustaz Dr Muhammad Nik Zawawi Salleh berkata 300 penyertaan diterima dan 30 video dipilih untuk penilaian.
“Saya sangat teruja dengan keprihatinan anak-anak Pasir Puteh mencipta video bertemakan “Kepentingan Vaksin” untuk membantu kempen kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19 bagi mencapai imuniti kelompok dalam tempoh terdekat”, katanya ketika dihubungi.
Tempat kedua pula dimenangi Putri Natasha Che Amat dengan hadiah wang tunai RM300, manakala tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM200 diraih Muhammad Zharfan Ismail.
Hadiah disampaikan oleh Pegawai Pejabat Khidmat Ahli Parlimen, Zuraihan Ab Wahab dan Puan Zulkaedah Ali Muhammad kepada para pemenang, semalam.
Peserta lain menerima saguhati RM50 dan hasil kreativiti mereka dijadikan bahan kempen vaksinasi dan boleh ditonton di laman rasmi YB Ahli Parlimen Pasir Puteh.