Home Berita PAS Kelantan

Masjid jadi Pusat Vaksinasi

141
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
KUALA KRAI, 22 Jun: Masjid Mukim Bahagia dan Masjid Pasir Kelang telah dijadikan Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (Outreach) Jajahan Kuala Krai untuk memudahkan urusan penduduk di kawasan pedalaman menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Program di Masjid Bahagia pada 6 Jun lalu melibatkan 400 penerima vaksin dos pertama, manakala pada 16 Jun pula giliran 550 penduduk di Masjid Pasir Kelang yang melibatkan 45 petugas kesihatan bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang.
Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman yakin institusi masjid yang menjadi tunjang kesucian Islam ini hendaklah dipelbagaikan penggunaannya sebagaimana peranan masjid pada zaman silam.
Beliau juga memaklumkan dalam tempoh ini, masjid diimarahkan sebaiknya sebagai tempat vaksinasi kepada masyakarat bagi mempercepatkan imuniti kelompok khususnya dalam kawasan parlimen Kuala Krai.
β€œMengikut perancangan, selain dua buah masjid ini, program outreach di beberapa buah kampung telah dikenal pasti khususnya yang jauh dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di jajahan ini juga akan turut diadakan di masjid-masjid mukim terpilih”, katanya ketika dihubungi.
Beliau turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat khususnya Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai selaku peneraju utama program ini dan para imam yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya.