Home Berita PAS Kelantan

Ustaz Dato’ Ahmad lestarikan Legasi Tok Guru – Dato’ Mumtaz

115
SHARE

KOTA BHARU, 27 Mac: Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi memaklumkan pentadbiran berteraskan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) cetusan mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz Nikmat yang berjalan selama 23 tahun dilestarikan oleh YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob dengan mengekalkan persamaan konsep.

“Pentadbiran di bawah dasar MBI berjalan selama 23 tahun dan kemudiannya, dasar tersebut diteruskan YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob yang masih juga mengekalkan konsep yang sama. Semua pembaharuan yang dibuat dapat membuahkan keberkatan, kemakmuran dan kebajikan yang dipasak dengan MBI dan digembleng kerajaan bagi menarik keyakinan rakyat sehingga berjaya mengekalkan pentadbiran di bawah kepimpinan ulama,” katanya menerusi program Dialog Ummah anjuran Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) di Kompleks Purnama Pengekalan Chepa, semalam.

Dalam program yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka YB Ahmad Fathan Mahmood yang juga Pengarah UPKN berkata, program Dailog Ummah ini adalah saluran yang tepat bagi ADUN dan Exco Kerajaan Negeri menjawab persoalan yang timbul dalam kalangan rakyat berdasarkan sesuatu isu mengikut kawasan terlibat.