Home Berita PAS Kelantan

UPKN latih semua staf ganda tugas

82
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 2 Ogos:  Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) mengamalkan konsep perkhidmatan ganda tugas sedia ada dengan mempelbagaikan peranan (multitasking) kepada semua staf.

Pengarahnya, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood berkata, konsep mempelbagaikan tugas warga UPKN ini amat penting kerana selaku agensi media rasmi Kerajaan Negeri, UPKN bukan sahaja umpama tulang belakang bahkan kepala, kaki dan tangan serta mata telinga yang mesti cekap berperanan sebagai jentera Kerajaan Negeri yang cukup dewasa, berusia 30 tahun.
“Tambahan pula, Kelantan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Pusat.

Oleh itu, semua unit diperkemaskan dan ditambah baik dalam aspek pengurusan modal insan dengan suntikan perangsang dan komitmen bekerja sebagai satu pasukan tanpa mengira berada di unit mana pun tetap dititik beratkan.

Contohnya, staf Unit Penerbitan dan Dokumentasi (UPD), Pegawai Penyelidik dilatih mengendalikan program bual bicara, di samping juru gambar, turut menulis berita dari lapangan.

Manakala, Pengarang dari UPD juga dipinjamkan ke agensi korporat lain untuk membantu tugas penyuntingan kandungan penerbitan buku khas”, katanya.

Menurutnya lagi, berita semasa UPKN boleh diketahui melalui halaman dua Buletin Darulnaim yang diterbitkan secara mingguan melalui format digital dan versi cetak, terbitan bulanan.
Sementara itu, Pegawai Penerangan Zon dari Unit Libat Urus Masyarakat (ULUM) pula bertindak sebagai penerbit dan moderator program di platform digital segmen Personaliti dan Kafe Warisan.

Menariknya, Pegawai Perhubungan Awam turut berfungsi sebagai pengulas sukan menerusi program atas talian, Game On yang memasuki episod ke lapan minggu lepas. Di samping kekal mengendalikan slot JimiMc Xtra.

Tidak terkecuali, Penolong Pengarah dari Unit Hubungan Seranta (UHS) juga sedia mempamer bakat mengacarakan program maya yang menonjolkan kreativiti masa lapang “Ggapo Nok Buat” serta mereka cipta poster program itu sendiri.