Home Berita PAS Kedah

Hina MB Kedah: 15 Dewan Pemuda PAS Kawasan buat laporan Polis

181
SHARE

ALOR SETAR – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mangarahkan setiap Dewan Pemuda PAS Kawasan untuk membuat laporan polis mengenai provokasi fitnah yang ditujukan kepada Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Ketua Pemuda, Ustaz Nurul Amin Hamid mengatakan terdapat banyak pernyataan provokatif oleh pihak tertentu untuk “mengancam kredibiliti dan reputasi Menteri Besar”.

Tegasnya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap “Haters” yang memuatnaik gambar dan komen yang jelek terhadap Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah.

“Kami telah mengumpulkan semua bukti. “Haters”, doakan anda tidak menjadi yang terpilih. ”

Menurutnya, laporan Polis berkaitan telah dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Sungai Petani, Pokok Sena dan terbaharu Kulim-Bandar Baharu, sementara 9 kawasan lagi akan menyusul dalam waktu terdekat.

“Butiran laporan ialah meminta pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyiasat kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Desakan itu muncul setelah gambar Muhammad Sanusi yang diubahsuai dalam keadaan aib serta disamakan dengan ikon kuning 4Gplus dengan kata-kata seperti “Plan Menipu, Bodoh Unlimited” dan lain-lain.